Monday, 23 April 2018

Inspired by "The Butterfly Duck"

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua, murahkan dengan senyuman anda :), alright. nak cerita sikit tentang product nanti cadang nak buat shawl dan subject metal from butterfly, yang dah di post sebelum ni. start tengok rama-rama sebab tudung dan shwl Vivy Yusuf yang terkenal tu, nama business dia 'Duck'. seriously, sangat-sangat cantik sebab warna shawl menggunakan warna pastel, warna yang tak gelap sangat, warna soft jaa.

 
the butterfly duck


                        Vivy Yusuf shawl


                     Butterfly Duck Vivy Yusuf

Vivy Yusuf mencipta helaian tudung yang membawa seribu satu makna memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menjentik jiwa si pemakai. Dalam koleksi The Butterfly Duck, ada maksud yang tersirat di dalam design tu, ramai masyarakat yang tersentuh.

Pengasas The Duck Group, Vivy Yusoff menterjemahkan The Butterfly Duck menerusi elemen rama-rama untuk meraikan perjalanan seorang anak yang sedang membesar serta bagaimana hubungan antara ibu bapa dan anak-anak mereka yang tidak mungkin terputus meskipun mereka membawa hala tuju sendiri apabila usia meningkat dewasa. The Butterfly Duck sangat istimewa yang mana ianya direka menerusi perspektif seorang ibu menjadikannya sangat berbeza berbanding koleksi-koleksi lain dengan membawa mesej sejauh mana pun kita pergi, jangan sesekali lupakan ibu bapa dan rumah kita kerana di situlah kasih sayang bermula.


                        Design butterfly duck

Vivy Yusuf berkata ,membesar adalah suatu proses untuk mereka meneroka perkara-perkara baharu, mengambil cabaran, dan belajar untuk berdikari namun untuk ibu, dia melihat semakin hari anaknya akan ‘pergi’ meninggalkannya umpama seekor rama-rama yang pergi meninggalkan sarang.

menunjukkan bahawa design butterfly merupakan arrangement bebas membawa maksud seorang anak yang kecil, dan akan membesar suatu hari nanti, akan 'pergi' juga.









 

No comments:

Post a Comment

Shawl Design

Okey, cadang nak buat tudung bawal buat hias embroidery atas tu tapi bincang ngan business partner, partner ckap laku ke zaman sekarang pkai...